Percaya pada Qada & Qadar Maha Agung
BISMILLAH Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah & kurniaNya dapat aku menulis lagi didalam blog ni,Syukur juga kepada Maha Penyayang kerana dengan izinya aku dapat menghirup udara yang segar di pagi jumaat yang penuh barakah ni.Mungkin orang tertanya-tanya,kenapa perlunya blog sedangkan kau ada Yang Maha Pengasih untuk kau ceritakan & luah apa yang terbuku dan terpendam didalam hati kau.Hmmm macam ni la,Blog ni pun berfungsi seperti kaunselor,Kita luah perasaan dan akhirnya kita dapat berfikir sejenak tentang apa yang kita luahkan. Kehidupan ini terkedang tidak seperti yang kita harapkan.Tak seperti yang kita impikan.Kemungkinan apa yang kita harapkan itu bukanlah yang terbaik untuk diri kita.Mungkin juga perkara yang kita rasanya buruk pada diri kita itulah yang terbaik untuk kita pada masa & ketika itu.Apa yang penting,kau kena bersyukur apa sahaja pemberianNya.Allah ni saje nak test kau macam mana kau terima dan hadapkan ujian yang Dia berikan pada kau.Itu hak Alla...