Percaya pada Qada & Qadar Maha Agung

BISMILLAH

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah & kurniaNya dapat aku menulis lagi didalam blog ni,Syukur juga kepada Maha Penyayang kerana dengan izinya aku dapat menghirup udara yang segar di pagi jumaat yang penuh barakah ni.Mungkin orang tertanya-tanya,kenapa perlunya blog sedangkan kau ada Yang Maha Pengasih untuk kau ceritakan & luah apa yang terbuku dan terpendam didalam hati kau.Hmmm macam ni la,Blog ni pun berfungsi seperti kaunselor,Kita luah perasaan dan akhirnya kita dapat berfikir sejenak tentang apa yang kita luahkan.

Kehidupan ini terkedang tidak seperti yang kita harapkan.Tak seperti yang kita impikan.Kemungkinan apa yang kita harapkan itu bukanlah yang terbaik untuk diri kita.Mungkin juga perkara yang kita rasanya buruk pada diri kita itulah yang terbaik untuk kita pada masa & ketika itu.Apa yang penting,kau kena bersyukur apa sahaja pemberianNya.Allah ni saje nak test kau macam mana kau terima dan hadapkan ujian yang Dia berikan pada kau.Itu hak Allah nak bagi ape pun jenis ujian pada diri kau.Tak kisah la ujian itu berbentuk musibah,hadirnya orang ketiga,kehilangan nyawa,masalah kewangan dan sebagainya.Kemewahan & kesenangan juga adalah salah satu bentuk ujian yang Allah bagi pada kita kerana Dia nak tngok sejauh mana kita bersyukur atas pemberianNya.
Setiap makhluk telah ditakdirkan jenis ujian yang perlu mereka lalui tak kira tua atau muda,bujang atau sudah berkahwin,kaya atau miskin,semuanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Besar.Janganlah kau persoalkan mengapa ianya terjadi pada diri kau,tapi sebaliknya kau kena bersyukur kerana ujian yang datang "bertandang" dalam kehidupan kau itu adalah penguat untuk diri kau kelak.
Kau pernah terfikir tak kenapa ujian datang dalam diri kau?.

Allah berikan ujian untuk kita berfikir.Kita adalah makhluk ciptaanNya yg dikurniakan akal dan fikiran untuk berkira mana yang baik mana yang buruk.Example,Kau ada dua batang pen,pen yang dah dah habis guna dan pen yang masih tak digunakan.So kau akan gunakan yang mana?Of Course la kau akan gunakan yang tak digunakan lagi kan.Orang takde akal je yang guna pen yang dh habis dakwat.hahaha.Hmm sorry2.Bercakap tentang orang takde akal ni,sebenarnya korang tahu tak golongan ini lebih mulia daripada kita.Golongan ini tidak akan dihisap olehNya di akhirat kelak.Jadinya kau jangan la nak bangga kau tu lebih baik dari golongan2 ini.Golongan - golongan ini jauh lebih mulia dari kau tahu.Golongan ini tidak perlu dihitung amalannya.Terus boleh masuk ke syurga firdausi.Yang korang semua?Belum tentu amalan2 yang kita buat seharian samada yang wajib ataupun yang sunat diterima.Mudah- mudahan ianya diterima.Amin.Allahu.

DAMN!APEHALLAH AKU EKSIDEN PULAK NI!!!!

Biasanya itu perkataan yang terkeluar dari mulut secara spontan kalau ditimpa musibah.Tapi cuba korang bayangkan,kalau korang istigfar selepas terima ujian tu,korang bukan je dapat pahala,korang pun akan dipandang tinggi oleh masyarakat,kawan-kawan.Tapi kalau korang terus menerus mencarut,Dah la pahala takdaapt,mungkin dosa pun dapat,macam tak redha ujian yangdiberikan kepada kau,pastu maki hamun pulak tu,orang pun pandai serong je.Hmmm aku ni pun taklah maksum,tapi aku cuba berubah dan merubah corak kehidupan aku dari hari ke hari InsyaAllah.Sama samalah doakan agar istiqamah amin.

YA ALLAH,MASALAH APA LAGI YANG KAU BERIKAN PADA AKU NI!

Ok,firstly ianya dh bagus dah sebab kau sebut nama Allah pertama kali kau terima musibah,tapi ayat belakang kau macam mempersoalkan kenapa Allah tu nak bg ujian sebegitu rupa pada kau.Bersyukurlah kerana orang lain lagi ada ujian yang lagi berat mereka tanggung daripada kita.Tapi kita ni baru kena ujian sikit dah mengeluh.Kita ni hamba,Terpulang pada Maha Agung untuk bagi apa jua jenis ujian.Jangan persoalkan sebaliknya kau bersyukur & meminta bantuanNya untuk mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian.Allah tu yang bg ujian,so Allah tahu jalan penyelesaian.Jangan ego sangat,Berat sangat mulut tu nak minta bantuan dari Allah.Kau jangan la bongkak!

Kau gagal dalam exam semester,kau stress,kau menangis,merintih lepas tu keluar dengan kawan gi hisap rokok berkotak2,gi clubbing,gi minum arak n etc.Tapi kau akan perasan,masalah kau takkan selesai pun,kau hanya lari dari masalah.Cuba kau pergi sujudkan dahi kau tu menghadap Ilahi,kau takkan rugi apa2 pun,jangan risau.Tak perlu pun bayar RM90 per entry kalau nak solat subuh.Jangan risau.Allah tu rindukan tangisan kita,rindukan rayuan kita meminta bantuanNya.Tapi kita ni ego,Entah pape ntah.Masa kau sujud tu,kau doa la banyak2.Waktu tu adalah waktu yang paling rapat dngn Allah.Minta bantuanNya.Jangan risau,Allah itu akan makbulkan doa kita,asalkan tepat pada waktunya.Sebab hanya Dia seorang je yang tahu bila tarikh,waktu,jam,saat yang sesuai untuk diberikan pada kita.Kita hanya perlu doa,tawakal dan redha.

BAJET AH KAU,BARU INSAF SIKIT DAH MACAM JADI PAK LEBAI!

Hmm pertamanya aku doakan agar insan insan yang berkata sebegini agar diberikan hidayah serta petujuk ke arah yang benar.InsyaAllah dia akan berubah.Aku minta maaf jika perakuan aku sebegini tidak disenangi segelintir pihak.Tapi ingatlah ajal maut juga terletak didalam qada & qadar Allah.Kita tak tahu bila masanya malaikat Allah datang menjemput kita bertemu dengannya.Aku tak tahu bila aku mati,kau pun tak tahu bila kau akan mati,mungkin esok?,Mungkin lusa?.Mungkin minggu depan?Mungkin juga kejap lagi?.Kita tak tahu bro.Sebab tu aku jadi mcm ni,aku takut aku tak sempat bertaubat lepas tu mati dalam keadaan "jahiliyah".Allahu.Sama sama la kita doakan golongan yang baru sahaja "berhijrah" ini dikurnaikan sifat istiqamah dalam amalannya dan golongan - golongan yang masih tercari cari erti kehidupan ini agar diberikan petunjuk dan hidayah amin.
Golongan - golongan ini tidak perlu dimarahi,tidak perlu diherdek tapi golongan ini perlulah dipimpin.Bukankah "kekasih" Allah sendiri yang ajarkan sifat - sifat ni?.Amin...

Aku minta maaf jika perubahan yang ada pada diri aku sekarang ini menjadikan kamu semua rasa janggal.Tapi percayalah aku masih aku yang dulu,cuma aku tak mahu terus hanyut dalam dunia yang penuh dengan tipu daya.Kehidupan kat sini sementara je weih.Fikirlah akhirat yang kekal abadi.Solat jangan tinggal!.Hidup tanpa amalan seperti lalang yang hidup di bendang,takde guna pun.


Solat jangan tinggal
Kejar cinta Ilahi,InsyaAllah
Kau kejar akhirat,insyaAllah dunia akan ikut.
Seperti kata bijaksana "Kalau kau minta air,kau komfom2 akan dpt cawan skali kan,tapi kalau kau minta cawan?.kau takkan dapat air btul tak?.macam tulah beza antara dunia dan akhirat."
Semoga Istiqamah InsyaAllah
Terima Kasih Ya Allah :)


Comments